Thank you for viewing my blog. Please leave your comment.

Petua

PETUA KECANTIKAN MENURUT ISLAM

  1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.w.t
  2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung, dan seterusnya ke bahagian dahi.
  3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  4. Sejurus bangun pagi, baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian baru diteguk.
  5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertam, mulakan dari kepala.
  7. Setelah solat subuh, bacalah surh Yusof kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki  di atas rumput yang masih berembun.
  9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, khamis, dan jumaat. Mulakan dari jari telunjuk sehingga kelingking jari kanan, seterusnyakelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan akhiri dengan ibu jari sebelah kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
  10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusof AS. Amalkan setiap pagi.
  11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat iklas kerana Allah.
  13. Amalkan solat tahjud.
  14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  16. Maafkan semua orang sebelum tidur.


No comments:

Post a Comment